Apa yang termasuk dalam papan tanda dalaman
Papan tanda dalaman ialah setiap papan tanda di dalam bangunan yang memberitahu orang di mana mereka berada, ke mana hendak pergi dan apa yang perlu dilakukan. Papan tanda dalaman yang jelas menjimatkan masa pelawat, mengurangkan soalan berulang kepada kakitangan, dan membantu semua orang mencari pintu keluar dengan cepat semasa kecemasan.
Jenis papan tanda dalaman
- Papan tanda arah yang membimbing pelawat ke tingkat, jabatan, lif dan tempat letak kereta
- Papan direktori yang menyenaraikan penyewa, tingkat atau jabatan di pintu masuk dan lobi lif
- Papan tanda keselamatan seperti keluar, alat pemadam api, tempat berkumpul dan dilarang merokok
- Papan tanda kemudahan untuk tandas, surau, bilik menyusu dan lif
- Papan tanda gantung dan menjulur di atas kaunter, lorong dan koridor
- Paparan menu dan promosi di dalam kedai, termasuk signboard LED di belakang kaunter
Papan tanda dalaman untuk pelbagai bangunan
- Pusat beli-belah dan ruang dalam kedai: papan tanda lorong, kaunter dan promosi
- Klinik dan hospital: papan tanda jabatan, nombor bilik dan arah untuk pesakit
- Sekolah dan universiti: papan tanda blok, bilik darjah dan pejabat (signboard sekolah)
- Masjid dan surau: nama di pintu masuk, dewan solat, tempat wuduk dan arah
- Kilang dan gudang: nama kawasan, papan tanda keselamatan dan arah di dalam bangunan
Untuk logo kaunter, plat nama akrilik dan papan tanda pintu di pejabat, lihat signboard pejabat. Untuk grafik dinding dan kaca kabur, lihat sticker cermin.
Kekal seragam di seluruh bangunan
Papan tanda dalaman paling berkesan apabila menggunakan warna, fon, simbol dan ketinggian pemasangan yang sama. Kami merancang set lengkap bersama-sama, supaya papan tanda arah, bilik dan keselamatan dibaca sebagai satu sistem di seluruh bangunan.
Harga papan tanda dalaman
- Bilangan dan saiz papan tanda
- Bahan dan kemasan
- Digantung, dipasang pada dinding atau berdiri sendiri
- Papan tanda bercahaya seperti direktori dalam lightbox
- Pemasangan di beberapa tingkat atau bangunan
Hantar pelan lantai atau senarai papan tanda yang anda perlukan, dan kami akan balas dengan sebut harga.
